Friday 28 June 2013

Solat Hajat, Dhuha dan Bacaan Yasin ...

Solat Hajat, Dhuha dan yasin diadakan pada setiap hari Rabu khusus untuk pelajar SPM 2013. Program ini bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 8.15 pagi. Program ini amat penting untuk melahirkan pelajar yang tawaduk, patuh, tunduk, taat dan mendekatkan diri kepada Allah.

Pelajar sedang bersedia untuk solat
Sebahagian pelajar SPM  lelaki




Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 159 yang bermaksud "Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal".

    Seseorang pelajar yang ingin memperolehi kejayaan yang cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh, berusaha dan berikhitiar. Disamping itu perlu berdoa agar Allah memberi kejayaan. Dengan ini pelajar juga menghayati konsep bertawakal yang sebenar iaitu dengan berusaha dan mengharap kepada Allah semata.

No comments:

Post a Comment