Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua..

Awal Muharram datang lagi. Pejam celik pejam celik tirai 1433H akan melabuhkan tirai. Saya mengambil kesempatan mengucapkan salam Maal Hijrah buat warga SMA Maarif. Semoga kedatangan Tahun baru memberi keazaman yg baru.

KISAH dan PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
Muharram adalah bulan pertama untuk tahun Hijrah dan ia adalah bulan yang mulia dalam takwim islam disisi Allah s.w.t .

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Friday 9 November 2012

PEPERIKSAAN SPM 2012 BERMULA HARI INI..

Akhirnya setelah bertungkus lumus hampir 11 bulan lebih, tibalah hari Peperiksaan.. Penuh debaran bagi pelajar termasuklah guru-guru mata pelajaran. Hari pertama 5 November Kertas Bahasa Melayu mengambil tempat. Nasib baiklah cuaca baik. Hari pertama ini, doa dibacakan oleh ustazat Zin (PK Akademik) di hadiri juga En Gazak, pegawai dari JeHAT. 
Kain rentang yang mengandungi doa -idea tuan Pengetua
Mengaminkan doa yg dibacakan oleh ustazay Zin
Hari pertama bagi Kertas BM     

Pihak Projek mengucapkan selamat menempuh Peperiksaan. Jawablah dengan baik. Semoga semua mendapat kejayaan yang diinginkan oleh pelajar, ibu bapa, guru, pihak sekolah..Amin!

Saturday 3 November 2012

Majlis Restu Ilmu SPM 2012

Majlis Restu Ilmu dapat direalisasikan pada 29 Oktober dengan penuh kesederhanaan. Walau bagaimanapun, ia amat bermakna kepada guru-guru Mata Pelajaran dan calon SPM. Antara objektif Majlis Restu Ilmi ini ialah membina kematangan berfikir,bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah memberi ilmu. Selain itu boleh menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Majlis Restu ilmu dimulai dengan ucapan pengerusi oleh cikgu Azrul (guru Kaunselor) dan diikuti bacaan doa yg dibaca oleh Mohd Najib(5PA1) dan bacaan ikrar pelajar di pimpin oleh Ahmad Nadzmi(5PA1).
Ikrar Pelajar SPM
Selepas Ikrar Pelajar, ucapan pengurus Projek SPM 2012 ustazah jailami mengambil tempat .Disusuli dengan ucapan wakil guru pada setiap mata pelajaran.Akhir seklai ucapan pengetua yg dirasakan begitu bersemangat untuk melihat kejayaan para pelajar.
Tuan Pengetua
Majlis restu ilmu berakhir dengan upacara bersalaman antara guru dan pelajar serta pembahagian air solat hajat dan kismis.

Wednesday 24 October 2012

Temu Murni Ibu Bapa Pelajar Elit&Sederhana,Bengkel Pemantapan MP dan Ikrar 14 hari hadapi SPM

Majlis Temu Murni 20 orang ibu bapa pelajar Elit &Sederhana dgn pihak pentadbir pada 18 September amat membanggakan. 95% kehadiran ibu bapa menampakkan kecaknaan mereka untuk melihat kejayaan cemerlang anak-anak.
PK Akademik& PK HEM
Cg Hamdan selaku guru Disiplin & cg Sains
Pada hari Jumaat 19 September, bengkel Sains mengambil slot Bengkel Hujung Minggu. Walaupun seorang menerajui pelajar, cikgu Siti Meriam dapat menguasainya dengan baik.
Bengkel Sains
Pada hari Sabtu 20 September, ustazah Wan Faezah jugak dapat mengawal Bengkel PQS dengan berkesan. Bengkel 4 jam itu, tidak sedikitpun membosankan pelajar.
Bengkel PQS
Ahad 21 September, calon SPM yang terdiri dari 112 org pelajar melafazkan ikrar menaikkan kecemerlangan untuk Sekolah, Daerah dan Negeri dalam SPM. Ikrar yang diterajui oleh Ahmad Nadzmi Nadzri dari Kelas 5PA1 itu diikrarkan dengan penuh semangat..
Ikrar 14 hari





Tuesday 16 October 2012

Kem Intensif Score 4.00 GPS

Kem Intensif ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Bermula Khamis 11-13 Oktober di Kem Seri Keluang, Besut, Terengganu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar walaupun pada awalnya sedikit kesalahfahaman dan komunikasi antara pengurus projek dengan penyelia asrama tentang penyediaan nasi bungkus. Walau bagaimanapun dengan bantuan ustaz Zakaria, ustaz Asyraf dan guru-guru lain masalah teknikal itu dapat ditangani. Syukran jazilan buat semua yang terlibat.
Pada hari Khamis, kem ini dimulakan dengan Slot BM yang menjemput penceramah dari SMK Nasiruddin Shah iaitu En Ismail Ibrahim. Slot yang berlangsung selama 2 jam bermula jam 3.00-5.00 petang itu menarik minat pelajar. Terima kasih dari pihak projek.
Seminar BM oleh En Ismail Ibrahim

 Pada malamnya slot Sejarah mengambil tempat. Bengkel ini diterajui oleh Puan Ummi Jamilah, guru ganti  yang berkaliber. Kem ini juga diselitkan dengan program qiamullail. Alhamdulillah jam 4.00 pagi, pelajar mula ke musolla untuk melaksanakan qiamullail diterajui oleh ustaz Abdul Rahman Mamat.
Program qiamullail
Pada pagi Jumaat, Seminar Pendidikan Syariah Islamiah disampaikan oleh ustazah Sabariah Sambak dari SMASZA Ladang. Diharapkan pelajar mendapat kefahaman yg jelas dalam beberapa bahagian /tajuk.
Pn Sabariah Sambak, Seminar PSI
Pada sebelah petang, Seminar BAT yang disampaikan oleh En Pakaruddin Karimi, pengetua dari Maahad Muhammadi Gua Musang amat menarik minat pelajar untuk terus bertahan dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
En Pakaruddin Karimi, seminar BAT
Pada sebelah malamnya, Bengkel BI yang diterajui oleh 3 orang guru Bahasa Inggeris(Pn Norawati, Pn Zaila Dan En Yusof Mat) amat menarik . Kaedah Kuiz sambil bermain amat berkesan.
Bengkel BI

Pada hari Sabtu (13 Oktober) Bengkel Ekonomi Asas dibimbing oleh Pn Zanirariyah yang bersemangat dan menunjukkan komitmen sambil memangku anak kecilnya tidak mematahkan semangatnya. Sikap guru ini sepatutnya membuka mata pelajar untuk tidak terus leka. Manakala Benkel Fizik dibimbing oleh PK HEM, cg Mohd Azami. Pada masa yang sama juga, Seminar Prinsip Akaun berlangsung di Dewan Kem disampaikan oleh En Ahmad Talib dari SMK Sultan Mizan.
Bengkel EA
Bengkel Fizik
En Ahmad Talib menyampaikan Seminar PA
Pihak Projek mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Kem Intensif SPM ini. Pengorbanan yang dilakukan ini, moga mendapat keberkatan dariNya seterusnya membuahkan hasil pada bulan Mac nanti . InsyaAllah...



Saturday 6 October 2012

Mesyuarat Projek dan Bengkel Pemantapan M/P dan Kem Pecutan Akhir Sains Tulen

Al hamdulillah, mesyuarat Projek untuk kali ke tiga dapat direalisasikan dengan penuh semangat  pada 4 hb Oktober jam 2.00 ptg dan ditagguhkan pada jam 3.30 petang. Ustaz Mat Zin (GPK Pentadbiran ) mempengerusikan mesyuarat tanpa dihadiri oleh tuan pengetua . Antara lain mesyuarat  ini membincangkan analisis Peperiksaan Percubaan SPM. Sekalung tahniah kepada guru M/P yang dapat GPM melangkaui dariGPM Pep.OTI 1 (Pertengahan Tahun). Walau bagaimanapun, untuk mencapai sasaran seperti yang disasarkan dalam SPM nanti,masih jauh. Begitu juga dengan pencapaian GPS. Sama-samalah kita berusaha untuk menggapainya walaupun agak sukar berbuat demikian.
Guru sedang meneliti Analisis
Cg Yusof, cg Hamdan& cg Razak
ustaz Mat Zin Mempengerusikan mesyuarat

Bengkel Pemantapan dan pengukuhan Mata Pelajaran bermula 4-6 Oktober berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran pelajar pada hari Jumaat amat mendukacitakan. Sebahagian pelajar menghadiri majlis penerimaan e book di SMK Teknik.
Bengkel BM

Bengkel BA& BI
Kem Pecutan Akhir Sains Tulen di PLKP, Batu Rakit.
Semua 17 orang pelajar dari aliran sains tulen telah terpilih menghadiri Kem Pecutan Akhir di PLKP anjuran JaHEAT. Semoga dengan Kem seumpama itu dapat meningkatkan lagi peratusan lulus Mata Pelajaran tersebut.
Sebahagian pelajar 5 Sains ke PLKP

Friday 28 September 2012

Solat Hajat, Dhuha dan Bacaan Yassin

Solat Hajat, Dhuha dan Bacaan Yassin  setiap pagi Rabu menjadi kelaziman pelajar SPM . Solat ini bermula jam 7.40 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi diimamkan oleh ustaz Abdul Rahman Mamat. Ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh Unit Kerohanian Projek Kecemerlangan SPM bersama dengan Unit Dakwah . Diharapkan dengan Program seumpama ini dapat memberi impak yang positif kepada setiap pelajar dalam meraih sebuah kejayaan.
Sebahagian pelajar SPM membaca yasin
Semua pelajar Lelaki SPM

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat :

Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

 
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT

• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat • Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian • Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :
1. Lafaz Niat Solat Hajat :
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الحَاجَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll
• Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar.
• Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
- Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
- Tidak putus asa dengan takdir Allah
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon ( Insyaallah)

Tambahan
: Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir
tetapi berdoa di dalam hati sahaja ( tidak boleh dilafazkan krn
masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya )

: Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas
memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat)

Monday 17 September 2012

Peperiksaan SPM semakin menghampir...

Peperiksaan SPM 2012 semakin hari semakin hampir. Hari ini telah 17 September. Bermakna ada sebulan lebih lagi. Adakah pelajar semua telah bersedia? adakah demam peperiksaan dah dirasai? tepuk dada tanya selera masing-masing. Guru telah laksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Cuba pelajar amalkan beberapa petua yang dipaparkan di bawah. Mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu pelajar mendapat kecemerlangan. Insya Allah!

Petua Pelajar Cemerlang

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Saturday 1 September 2012

Kelas Bilas dan Kelas Hujung Minggu

Kelas Bilas berjalan seperti yang dirancangkan. Termasuklah Hari Jumaat (31 Ogos 2012) dengan Mata Pelajaran Pend.Syariah Islamiah. Manakala hari Sabtu (1 September 2012) Seminar Menjawab Mata Pelajaran Pend.Quran Sunnah, disampaikan oleh Tn Haji Che Ali dari SMASZA. Pihak Projek SPM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang terlibat termasuklah ustazah Wan Faezah, Guru Kanan Agama merangkap guru PQS, dibantu oleh ustazah Nurzielah. Begitu juga pihak projek SPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada cikgu Hasnah Hussien dan cg Wan Noraina kerana berjaya mengendalikan bengkel Matematik dengan jayanya.
Kelas Bilas Pend.Syariah Islamiah di Bilik Bahasa

Bengkel Matematik di Dewan Sekolah


Monday 27 August 2012

Peperiksaan Percubaan SPM 2012

 Peperiksaan Percubaan SPM bermula hari ini (Isnin) 27 Ogos 2012.  Bahasa Melayu kertas 1 pembuka tirai peperiksaan. Peperiksaan yang bermula jam 8.00 pagi itu menampakkan tanda-tanda semangat yang membara pada setiap pelajar untuk berjaya. Harapan kami guru-guru agar semangat yang ditunjukkan dapat berkekalan sehingga habis peperiksaan tanpa mengira Mata Pelajaran. 
Pelajar SPM menjawab soalan



DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR
YA ALLAH ,ILHAMKANLAH KEPADAKU KECERDASAN DAN LINDUNGILAH AKU DARI KEJAHATAN NAFSUKU

DOA MOHON TAMBAHKAN ILMU DAN MENGINGATI APA YANG LUPA
YA ALLAH,  BERIKANLAH ILMU TENTANG APA-APA  YANG KU JAHIL DAN INGATLAH DAKU APA-APA YANG TERLUPA

DOA DITAMBAHKAN ILMU DAN FAHAM
YA ALLAH TAMBAHKAN PADAKU ILMU DAN BERILAH AKU FAHAM PENGERTIAN YANG BAIK

DOA MOHON DIBERI KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
YA ALLAH,TIDAK ADA YANG MUDAH KECUALI SESUATU YANG ENGKAU JADIKAN MUDAH, ENGKAU YANG MENJADIKAN YANG SUSAH ITU MUDAH

DOA HATI BENDERANG DAN GEMILANG
YA ALLAH, BUKAKANLAH HIKMAHMU DAN TURUNLAH RAHMAT DARI KHAZANAHMU ITU KEPADA KAMI , YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

DOA TERLUPA
MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK PERNAH TIDUR DAN TIDAK LUPA. YA ALLAH PERINGATKANLAH DAKU AKAN APA YANG TERLUPA
Doa dibaca sebelum memasuki dewan

Semoga doa yag dibacakan dapat keberkatan dan petunjuk dari Allah..Amin..


Tuesday 21 August 2012

Salam Aidil Fitri Buat Semua

Selaku Pengurus Projek SPM SMA Maarif 2012, saya mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat Pengetua, GPK Pentadbiran-ustaz Mat Zin bin Daud, GPK HEM, GPK KO Kurikulum, GPK TG 6, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru SPM dan semua guru SMA Maarif. Syukran jazilan atas komitmen semua dalam menjayakan VISI dan MISI Projek SPM. Maaf jika ada tersalah bicara, tersinggung perasaan dalam menjaya dan melaksanakan amanah ini. Sesungguhnya kadang-kadang ketegasan perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang baik walaupun tidak dapat yang terbaik. Sekurang-kurangnya kita telah laksanakan dengan penuh ikhlas, bukan menyerah semata-mata kepada taqdir...

Thursday 9 August 2012

Seminar Bahasa Inggeris dan Kem Tutorial Daerah

Seminar Bahasa Inggeris berjalan lancar pada 8/8/2012. Terima kasih buat tenaga pengajar BI SPM terutama cg Yusof selaku ketua Panitia BI kerana menerima kehadiran Fasilitator dari Straight-A Education Resources. Alhamdulillah, pelajarpun nampak berminat dan menunjukkan komitment selama 2 jam.


Pelajar SPM yang terdiri dari kelas sebahagian 5PA1, sebahagian 5PA2, 5EA1 dan 5EA2 bersemangat mendengar dan mengambil tip-tips untuk digunakan semasa SPM nanti.
Sebahagian pelajar yg terlibat dgn Kem Tutorial