Friday 28 September 2012

Solat Hajat, Dhuha dan Bacaan Yassin

Solat Hajat, Dhuha dan Bacaan Yassin  setiap pagi Rabu menjadi kelaziman pelajar SPM . Solat ini bermula jam 7.40 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi diimamkan oleh ustaz Abdul Rahman Mamat. Ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh Unit Kerohanian Projek Kecemerlangan SPM bersama dengan Unit Dakwah . Diharapkan dengan Program seumpama ini dapat memberi impak yang positif kepada setiap pelajar dalam meraih sebuah kejayaan.
Sebahagian pelajar SPM membaca yasin
Semua pelajar Lelaki SPM

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat :

Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

 
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT

• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat • Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian • Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :
1. Lafaz Niat Solat Hajat :
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll
• Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar.
• Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
- Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
- Tidak putus asa dengan takdir Allah
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon ( Insyaallah)

Tambahan
: Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir
tetapi berdoa di dalam hati sahaja ( tidak boleh dilafazkan krn
masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya )

: Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas
memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat)

Monday 17 September 2012

Peperiksaan SPM semakin menghampir...

Peperiksaan SPM 2012 semakin hari semakin hampir. Hari ini telah 17 September. Bermakna ada sebulan lebih lagi. Adakah pelajar semua telah bersedia? adakah demam peperiksaan dah dirasai? tepuk dada tanya selera masing-masing. Guru telah laksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Cuba pelajar amalkan beberapa petua yang dipaparkan di bawah. Mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu pelajar mendapat kecemerlangan. Insya Allah!

Petua Pelajar Cemerlang

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Saturday 1 September 2012

Kelas Bilas dan Kelas Hujung Minggu

Kelas Bilas berjalan seperti yang dirancangkan. Termasuklah Hari Jumaat (31 Ogos 2012) dengan Mata Pelajaran Pend.Syariah Islamiah. Manakala hari Sabtu (1 September 2012) Seminar Menjawab Mata Pelajaran Pend.Quran Sunnah, disampaikan oleh Tn Haji Che Ali dari SMASZA. Pihak Projek SPM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang terlibat termasuklah ustazah Wan Faezah, Guru Kanan Agama merangkap guru PQS, dibantu oleh ustazah Nurzielah. Begitu juga pihak projek SPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada cikgu Hasnah Hussien dan cg Wan Noraina kerana berjaya mengendalikan bengkel Matematik dengan jayanya.
Kelas Bilas Pend.Syariah Islamiah di Bilik Bahasa

Bengkel Matematik di Dewan Sekolah