Monday 21 January 2013

Mesyuarat Projek SPM Kali Pertama Tahun 2013

Al hamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana mempermudahkan segala perjalanan dan rancangan. Mesyuarat Projek SPM kali pertama bagi tahun 2013 dapat disempurnakan dengan jayanya pada Ahad 20 Januari 2013. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Hj Ismail itu ,dimulai tepat jam 2.15 petang dan ditangguhkan jam 3.55 petang. Syukran jazilan buat GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum, GPK Tg Enam, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua-ketua Panitia dan semua guru SPM yang hadir serta menunjukkan komitmen yg tinggi.

Aktiviti Projek dibukukan
Tuan Pengetua mempengerusikan mesyuarat
Sebahagian guru-guru SPM
Antara Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah :
  • Ucapan Pengerusi
  • Mengesahkan Minit Mesyuarat
  • Perkara berbangkit
  • Laporan Analisis Pep.Akhir Tahun Tg 4 2012
  • Pelan Strategik Dan Taktikal Projek SPM 2013
  • Penetapan Target M/P dan GPS
  • Cadangan Aktiviti Projek SPM 2013
  • Ulasan GPK Pentadbiran
  • Ulasan Pengetua
  • Hal-hal lain
Selain Mensyuarat Guru, Minggu ini juga bermulanya Peperiksaan TOV SPM. TOV ini bermula dari 16 Januari 2013 berakhir 3 Februari 2013.
Pelajar 5 Sains khusyuk menjawab

Saturday 12 January 2013

SELAMAT KEMBALI PROJEK SPM 2013

PROJEK SPM TAHUN 2013

Sekali lagi, untuk tahun 2013 saya diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk menerajui Projek Kecemerlangan SPM. Apa yang diharapkan segala hasrat pengurusan dapat direalisasikan oleh semua Guru SPM. Alhamdulillah, dalam Minggu ke 3, pihak projek telah dapat melaksanakan aktiviti pertama untuk tahun ini iaitu Kelas Revisi Silibus yang bermula 13 Januari 2013 jam 3.15-5.15 petang. Sebahagian guru yang terlibat ialah guru-guru yang mengajar Tingkatan 4 tahun 2012. Terima kasih banyak dari pihak projek atas kerjasama yang diberikan. Pada MInggu lepas, pihak kaunseling sekolah telah mengadakan Motivasi untuk pelajar SPM ..

Pn Marliana -Guru Kaunselor
Pelajar SPM 2013 khusyuk mendengar