Friday 15 March 2013

Bengkel BA & Kelas PQS..

Sepatutnya hujung minggu ini (14-16 Mac 2013), projek SPM telah merangka KEM Akademik 1 (Sabjek Sains Tulen). Akan tetapi ia terpaksa ditunda pada tarikh yang lain memandangkan semua guru yang terlibat dengan kursus LADAP esok di PAD jam 8.30 pagi. Untuk itu bagi menggantikan slot KEM Akademik ini, guru-guru Bahasa Arab SPM yang terdiri daripada Puan Hayati, Puan Ani Zawati dan Puan Norlelawati bersetuju untuk menggantikan slot tersebut. Syukran jazilan dari pihak projek atas usaha dan komimen yang diberi oleh guru-guru dalam mencipta kejayaan cemerlang pelajar SPM pada tahun ini. Begitu juga terima kasih kepada guru-guru PQS yang sudi mengisi slot tengahari ini. 
ustazah Siti Norlelawati
Sebahagian pelajar sedang berbengkel
ustazah Ani Zawati

Tuesday 12 March 2013

KEPUTUSAN SPM 2012





Keputusan SPM 2012 dijangka akan diumumkan pada 20/21 Mac 2012. Sehubungan dengan itu , para pelajar diminta hadir ke sekolah jam 9.00 pagi untuk mendengar taklimat pengisian UPU secara On line oleh Kaunselor Sekolah di Dewan sekolah. Dinasihatkan para pelajar mematuhi arahan berpakaian yang betul -menutup aurat, tidak tabarruj, bagi lelaki berambut pendek dan berpakaian kemas. tentatif Program :

        9.00 pagi               Pelajar memasuki dewan
        9.00-11.00 pg       Taklimat pengisian UPU secara on line
       11.00-11.30 pg      Ucapan Tuan Pengetua-T n Hj Abdullah Fadzil b Dato' Hj Ismail
       11.30-12.30 tgh     Penyerahan Slip Keputusan  SPM 2012 kepada pelajar
       12.30-1.30 tgh       Pameran Kerjaya/IPTA/IPTS
        
Didoakan agar semua pelajar mendapat kejayaan cemerlang dan gemilang. Dapat membanggakan guru, ibu bapa, sekolah, daerah dan Negeri tercinta. Amin..

Wednesday 6 March 2013

Majlis Miftahul Ilmi PMR, SPM & STPM 2013

Majlis Miftahul Ilmi & Pelancaran Projek PMR, SPM  dan STPM 2013 .

Photo: Majlis Miftahul Ilmi & Pelancaran Projek PMR,SPM & STPM 2013 ..
Gimik Projek dan sasaran GPS

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana Majlis Miftahul Ilmi & Pelancaran Projek PMR, SPM & STPM dapat disempurnakan pagi tadi (6 Mac 2013). Majlis dirasmikan oleh Tn Haji Wan Said Wan Salleh, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNT. Walaupun majlis diadakan secara sederhana tetapi cukup bermakna bagi pelajar dan tenaga pengajar. Antara intipati penting yang disebut oleh Tn Haji ialah perbetulkan rohani terlebih dahulu dalam melahirkan pelajar cemerlang sahsiah dan gemilang akademik. Amalkan qiamullail, solat tahajjud, dhuha dan perlu sentiasa dlm wudu'. Melakukan sesuatu perkara perlulah istiqamah.