Friday 27 April 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR,SPM &STPM 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR,SPM & STPM 2011 dan Majlis Temumurni Ibu Bapa Guru bagi Peperiksaan Awam (PMR,SPM dan STPM tahun 2012)

Pada 17 April yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan . Pihak Projek SPM bagi Tahun ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajar dan guru-guru yang meneraju  SPM ,STPM dan PMR bagi tahun 2011. 

Disamping Majlis Anugerah tersebut, diselitkan juga dengan Majlis Temu Murni Ibu bapa dan Guru yang terlibat secara langsung dalam Peperiksaan awam Tahun 2012. Terima kasih atas sokongan ibubapa dan guru SPM 2012 untuk melihat kejayaan pelajar.
Moto dan Sasaran SPM 2012

Ibu dan Guru dalam Majlis Temu Murni



Friday 13 April 2012

KEM PEMBESTARIAN BAHASA(MELAYU, ARAB DAN INGGERIS)

Kem 3 Bahasa yang berlangsung 5-7 April itu dapat direalisasikan dengan penuh semangat oleh 9 orang guru Bahasa. Syukran jazilan buat semua guru yang menunjukkan komitment yang baik. Kem ini sepatutnya diadakan di ILIM, Bukit Keluang, tetapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa ditukarkan lokasinya bertempat di sekolah. Cikgu-cikgu yang terlibat ialah cikgu Bahasa Melayu (cg Nasaruddin, cg Marhanis & cg Yati), cikgu Bahasa Arab ialah (ustazah Hayati , ustazah Anizawati & ustazah Norlelawati) manakala Bahasa Inggeris terdiri dari cg Norawati, cg Zaila dan cg Yusof Mat.

Semoga dengan hasil usaha tersebut, membuahkan kejayaan dalam menaikkan Gred Purata Mata Pelajaran tersebut. InsyaAllah..
ustazah Anizawati sedang memberi seminar BA

ustazah Hayati memberi ceramah BA kertas 2

Cg Nasaruddin menyampaikan seminar BM

cg Zaila Mat sedang mengendalikan Bengkel BI

Wednesday 4 April 2012

Mesyuarat Projek SPM Kali ke 2

Tuan Pengetua mempengerusikan Mesyuarat

Guru-Guru SPM 2012
Mesyuarat Projek SPM kali ini, menumpukan kepada Post Mortem SPM 2011, Ujian TOV SPM 2012 serta penetapan target GPS dan GP Mata Pelajaran untuk SPM 2012.

Antara perkara yang dititik beratkan oleh tuan pengetua ialah  memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai terutama Gred Purata Sekolah(GPS). tuan pengetua mengharapkan 4.00 sasaran menjadi kenyataan walaupun agak sukar menggapainya. Kedudukan ke 4 daerah dan ke 31 negeri, perlu diatasi. Sememangnya untuk mengatasi sekolah-sekolah ternama daerah amat sukar. Dalam SPM 2011, SMA Maarif dapat mengekalkan kedudukan ke 4 sepeti tahun-tahun sebelum ini selepas SMK Tg Mahmud, SMKA Nurul Ittifaq dan SMKA Wataniah.Kami guru-guru SPM akan cuba sedaya termampu..
Buku Analisis dan Post mortem SPM 2011