Friday 28 June 2013

Kelas Bimbingan SPM (Kelas PPAI)

Kelas Bimbingan SPM di bawah  Program Pendidikan Anjung Ilmu dapat direalisaikan dengan jayanya oleh guru-guru SPM 2013. Terima kasih banyak-banyak atas komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru. Saya percaya dan berharap agar tahun ini, kemerlangan pelajar SPM dapat ditingkatkan lagi keputusannya dan dapat menggapai GPS yang diharapkan.

penuh bersemangat
cg Razak-Matematik Tambahan
Cg Hasnah -Matematik
Ustazah Wan Faezah-Pend.Quran Sunnah



Program Kelas Bimbingan ini berlangsung pada 28 & 29 Jun 2013 (Jumaat & Sabtu). Antara Sabjek yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Kimia, Biologi, Sains, PQS, Matematik Tambahan, Matematik dan Fizik.

Solat Hajat, Dhuha dan Bacaan Yasin ...

Solat Hajat, Dhuha dan yasin diadakan pada setiap hari Rabu khusus untuk pelajar SPM 2013. Program ini bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 8.15 pagi. Program ini amat penting untuk melahirkan pelajar yang tawaduk, patuh, tunduk, taat dan mendekatkan diri kepada Allah.

Pelajar sedang bersedia untuk solat
Sebahagian pelajar SPM  lelaki




Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 159 yang bermaksud "Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal".

    Seseorang pelajar yang ingin memperolehi kejayaan yang cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh, berusaha dan berikhitiar. Disamping itu perlu berdoa agar Allah memberi kejayaan. Dengan ini pelajar juga menghayati konsep bertawakal yang sebenar iaitu dengan berusaha dan mengharap kepada Allah semata.