Sunday 3 November 2013

Cuti Deepavali...kelas Bilas bermula

Hari ini, 3 November 2013. Tinggal 3 hari sahaja lagi pelajar SPM akan menghadapi peperiksaan SPM. Projek Kecemerlangan SPM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Didoakan semoga semua pelajar dapat menghadapinya dengan cemerlang. Bagi Projek SPM, amat berpuas hati dengan penglibatan pelajar saat-saat kritikal seperti ini. Sebagai contoh, pagi tadi, kelas bilas boleh dikatakan semua pelajar menghadirkan diri. Kelas 5 Sains, M/P PSI dikendalikan oleh ustazah Jailami. Semua pelajar hadir. Begitu juga dengan kehadiran pelajar 5PA1, M/P BI dikendalikan oleh teacher Norawati hanya 2 org pelajar sahaja yang tidak hadir. Begitu jugak kelas -kelas lain dgn M/P PQS (ustazah Wan Faezah), kelas 5EA2 (cg Hasnah dan 5EA1 (cg Rosmawati M/P Ekonomi Asas).
Sebelum ini, boleh dikatakan semua aktiviti yg dirancang oleh pihak projek dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada 14 Oktober yang lepas, Majlis Temu Murni dapat disempurnakan. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. ini menunjukkan komitmen yaang tinggi daripada ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak tercapai.

Manakala pada 29 Oktober (Selasa) yang lalu.. majlis Restu Ilmu dapat dilakukan dengan penuh ksederhanaan.Program ini dimulakan dengan solat Dhuha dan Hajat diimamkan oleh ustaz Abdul Rahman Mamat. Jam 8.30 pelajar dan guru memasuki dewan. Majlis itu dipengerusikan oleh ustazah Nurzielah Mat Aroff.  Dimulakan dengan Doa dibacakan oleh Ameruddin, Ikrar Pelajar diketuai olehMohd Arfan, Ucapan wakil Pelajar oleh Arfan. kemudian ucapan Pengurus Projek, Ketua-ketua Bidang dan diakhiri dengan ucapan tuan pengetua.

Majlis ini berakhir dengan jamuan guru dan jamuan Akhir Tahun Tg 5..