Sunday 3 November 2013

Cuti Deepavali...kelas Bilas bermula

Hari ini, 3 November 2013. Tinggal 3 hari sahaja lagi pelajar SPM akan menghadapi peperiksaan SPM. Projek Kecemerlangan SPM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Didoakan semoga semua pelajar dapat menghadapinya dengan cemerlang. Bagi Projek SPM, amat berpuas hati dengan penglibatan pelajar saat-saat kritikal seperti ini. Sebagai contoh, pagi tadi, kelas bilas boleh dikatakan semua pelajar menghadirkan diri. Kelas 5 Sains, M/P PSI dikendalikan oleh ustazah Jailami. Semua pelajar hadir. Begitu juga dengan kehadiran pelajar 5PA1, M/P BI dikendalikan oleh teacher Norawati hanya 2 org pelajar sahaja yang tidak hadir. Begitu jugak kelas -kelas lain dgn M/P PQS (ustazah Wan Faezah), kelas 5EA2 (cg Hasnah dan 5EA1 (cg Rosmawati M/P Ekonomi Asas).
Sebelum ini, boleh dikatakan semua aktiviti yg dirancang oleh pihak projek dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada 14 Oktober yang lepas, Majlis Temu Murni dapat disempurnakan. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. ini menunjukkan komitmen yaang tinggi daripada ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak tercapai.

Manakala pada 29 Oktober (Selasa) yang lalu.. majlis Restu Ilmu dapat dilakukan dengan penuh ksederhanaan.Program ini dimulakan dengan solat Dhuha dan Hajat diimamkan oleh ustaz Abdul Rahman Mamat. Jam 8.30 pelajar dan guru memasuki dewan. Majlis itu dipengerusikan oleh ustazah Nurzielah Mat Aroff.  Dimulakan dengan Doa dibacakan oleh Ameruddin, Ikrar Pelajar diketuai olehMohd Arfan, Ucapan wakil Pelajar oleh Arfan. kemudian ucapan Pengurus Projek, Ketua-ketua Bidang dan diakhiri dengan ucapan tuan pengetua.

Majlis ini berakhir dengan jamuan guru dan jamuan Akhir Tahun Tg 5..

Wednesday 18 September 2013

Seminar PQS, Kem Kecemerlangan Siri 1 dan 2 2013

Pada 7 September 2013 bersamaan 1 Zulkaedah, pihak Projek SPM dengan kerjasama guru2 Matapelajaran PQS telah mengadakan Seminar Menjawab kertas PQS . Seminar 3 jam itu disampaikan oleh Tn Hj Che Ali dari SMASZA Bt Burok. Semoga ia memberi seribu manfaat kepada pelajar SPM dalam menjawab kertas PQS nanti.


Manakala pada 12-14 September seramai 20 orang pelajar SPM telah dipilih untuk menyertai Kem Kecemerlangan SPM di SMA Setiu dan SMK Pelong. Kem ini adalah anjuran JPNT di bawah IPA.

Tuesday 3 September 2013

SEMINAR PRINSIP AKAUN SPM 2013

SEMINAR PRINSIP AKAUN SPM 2013

Alhamdulillah, Seminar Prinsip Akaun dapat disempurnakan dengan jayanya pada 27 Syawal bersamaan 3 September 2013 hari Selasa jam 3.00-5.00 petang. Seminar 2 jam ini disampaikan oleh En Abd. Ghani bin Md Noor dari SMK Tembila ini sangat menarik. Tiada keletihan yang ditunjukkan  oleh pelajar walaupun pada paginya mereka bertungkus lumus menjawab soalan Matematik 2, Sains 2 dan Fizik 3. Diharapkan semoga Kertas Prinsip Akaun ini sentiasa mengekalkan kecemerlangan M/P terbaik negeri dan daerah yang saban tahun disandang. Terima kasih banyak dan tahniah kepada guru PA , Pn Hajah Fauziah Hanim yang sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa. Semoga kecemerlangan M/P Akaun memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan GPS insyaAllah.

Cg Abd.Ghani menyampaikan seminar PA

Saturday 24 August 2013

Antara aktiviti Sepanjang Ogos 2013

Setelah menyepi seketika dek kerana menghambat dengan masa, dapatlah saya mengemaskini blog projek SPM ini. Sepanjang bulan Ramadan, beberapa aktiviti yang dicadangkan tidak 'berapa' menjadi. Hal ini mungkin kerana untuk mengambil masa untuk berehat seketika sempena ramadan al mubarak. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :



PROJEK SPM,
SMA MAARIF, KG.RAJA, BESUT, TERENGGANU

KELAS HUJUNG MINGGU

MASA : 8.30 PAGI- 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS/ DEWAN/ BILIK BAHASA ARAB

TARIKH/ HARI
MATA PELAJARAN

JUMAAT
(12/7/2013)


BAHASA ARAB TINGGI

SABTU
(13/7/2013)


MATEMATIK

JUMAAT
(26/7/2013)

5PA1 & 5PA2-PRINSIP AKAUN
5EA1 & 5EA2- EKONOMI ASAS
5SN- MATEMATIK TAMBAHAN

SABTU
(27/7/2013)


BAHASA INGGERIS

JUMAAT
(2/8/2013)


SAINS

SABTU
(3/8/2013)


PEND.SYARIAH ISLAMIAH

Setelah Ramadan berlalu, 4 orang pelajar ELit  SMA menyertai Kem Genius Imtiaz yang bertempat di Imtiaz Besut. Kem itu bermula dari 14-17 Ogos 2013. Diharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada pelajar Elit ini untuk mendapat sasaran straight A SPM menjadi kenyataan.

Beberapa pelajar Ekit sedang berbengkel


Apabila sekolah dibuka setelah menghabiskan cuti  syawal, pada 18 hb Ogos 2013, Pengurus Projek telah mengatur jadual untuk diadakan Ujian Pra Percubaan untuk pelajar SPM. Mata Pelajaran pertama yang mengisi Slot ini ialah Mata Pelajaran PSI yang dikendalikan oleh Pn Jailami Muhammad dan Pn Saripah Ismail.

Ujian PRA Percubaan(M/P PSI)
Manakala pada 19 Ogos 2013(Isnin), dengan kerjasama pihak Projek SPM dan Ketua Bidang Bahasa, satu seminar menjawab Bahasa Arab telah diadakan. Penceramah yang dijemput ialah ustaz Rzani dari SMK di selising Pasir Putih Kelantan.
Seminar Bahasa Arab
Pada 20 Ogos 2013(Selasa) Ketua Bidang Matematik telah menjemput penceramah Matematik untuk pelajar. Penceramah tersebut ialah En Amran dari SMK Nur Zahirah. 

Tidak ketinggalan aktiviti yang dilaksanakan sebelum peperiksaan ialah silat Dhuha, Hajat dan Bacaan Yasin diketuai oleh ustaz Abdul Rahman bin Mamat.

Pada 26 Ogos (Isnin) peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung. Diharapkan dan didoakan agar semua pelajar dapat menjawab dengan baik.


Monday 8 July 2013

Mesyuarat Projek SPM Kali ke 3

Mesyuarat Projek SPM Kali 3, dapat disempurnakan dengan jayanya. Mesyuarat yang bermula jam 2.15 petang tadi berakhir jam 4.15 petang. Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh GPK Pentadbiran, Tuan Hj Mat Zin bin Daud. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Analisis Pep.Pertengahan Tahun oleh ustazah Saripah (S/U Pep.Dalaman) seterusnya perbincangan aktiviti.

sebahagian guru SPM
cg Razak, cg Nasarudin, Pn Noni & Pn Marliana
Pengerusi Mesyuarat ustaz Mat Zin GPK Pentadbiran
  Pengurus Projek ustazah Jailami Muhammad telah merangka aktiviti sepanjang ramadan sehingga Pep.Percubaan. Antara aktiviti yang dirancangkan seperti berikut:



CADANGAN AKTIVITI PROJEK SPM 2013(AKHIR BULAN JUN-AWAL SEPTEMBER)

1.28 & 29 JUN 2013
Kelas Bimbingan SPM (PPAI)


2) BENGKEL M/PELAJARAN-BERMULA AWAL RAMADAN
 (Pelajar Elit , Sederhana & Halus)

TARIKH/HARI
SASARAN PELAJAR & M/PELAJARAN
9/7/13(SELASA)3.00-5.00
ELIT- MATEMATIK        HALUS- SEJARAH
14/7/13(AHAD) 2.45-4.45
HALUS- PEND.SYARIAH ISLAMIAH
15/7/13(ISNIN)
SEDERHANA-PEND.QURAN SUNNAH
16/7/13(SELASA)
ELIT-EKONOMI ASAS
17/7/13(RABU)
ELIT-MATEMATIK TAM      SEDERHANA-SAINS
21/7/13(AHAD)
ELIT-SEJARAH
22/7/13(ISNIN)
HALUS-BAHASA INGGERIS
23/7/13(SELASA)
HALUS-BAHASA MELAYU
24/7/13(RABU)
SEDERHANA-BAHASA ARAB
28/7/13(AHAD)
ELIT,SEDERHANA,HALUS –PRINSIP AKAUN
29/7/13(ISNIN)
ELIT,SEDERHANA,HALUS-KIMIA
30/7/13(SELASA)
ELIT,SEDERHANA,HALUS-BIOLOGI
31/7/13(RABU)
ELIT,SEDERHANA,HALUS-FIZIK
3. Kelas PRA PdP (6.45-7.40 pg)

4.TEMUMURNI IBU BAPA/GURU
5/8/13 (ISNIN)

5.18-20/8/13 KELAS PENGUKUHAN PETANG

6.21-30/8 (UJIAN PRA PERCUBAAN)- BERMULA JAM 3.00-5.00 PTG
7.jadual Bilas
8. AWAL SEPTEMBER –PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

·         Cadangan projek yg belum direalisasikan:
·         Kem Pembestarian Sabjek PSI&PQS-Panitia Agama
·         Kem Akademik 2-Panitia Sej, PA & EA
·         Kem Perkasa Sains Tulin-Panitia Sains Tulin
·         Kem Akademik 3-Semua Panitia
·         Sentuhan Sanubari –Peljar yg tidak capai Gred B/C/D
·         Elit Straigt A
·         Program GUDA
·         Klinik M/P
·         Hari Bicara Akademik-yg tidak capai target
·         PREP Terancang
·         Pecutan Akademik
Pengurus Projek SPM juga mengedarkan Analisis Pep.SPM 2012 peringkat SABK Kebangsaan.
 
ANALISIS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM)
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN(SABK)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2012

1-TERBAIK DALAM SEMUA MATA PELAJARAN
SEKOLAH-TERENGGANU
MATA PELAJARAN TERBAIK
IMTIAZ BESUT
MM 0.30            FIZ  2.39
PQS 0.41            BIO 2.64
BAT 1.09            KIM 2.86
BI 1.45

 2-RANKING KESELURUHAN SABK BERDASARKAN GPS
TERENGGANU
SEKOLAH







43/124
IMTIAZ BESUT
SMASZA BT BUROK
IMTIAZ K.TRG
IMTIAZ K.BERANG
IMTIAZ DUNGUN
SMA KHAIRIAH(GPS 3.49)
SMASZA LADANG(GPS 4.41)
SMA MAARIF(GPS 4.42)

3-KEDUDUKAN SEK.MENGIKUT M/P BERDASARKAN GPMP
M/P
KEDUDUKAN
M/P
KEDUDUKAN
B.ARAB
43/124
EA
66/80
BI
43/124
FIZ
25/30
BIO
24/31
KIM
23/31
BM
48/124
MM
47/124
MT
54/65
PA
3/60
PQS
39/124
PSI
49/124
SN
54/119
SEJ
66/124