Sunday 26 May 2013

Program Cuti Sekolah Penggal Pertama 2013

Selamat bercuti Projek SPM ucapkan kepada semua tenaga pengajar SPM SMA Maarif khususnya dan guru-guru lain amnya. Seperti kebiasaannya, pihak Projek telah merangka aktiiviti Projek semasa cuti . Antaranya ialah Kelas Tambahan SPM bermula petang khamis 23 Mei sehingga 24 Mei Jumaat. Manakala pada 25 & 26 Mei 2013, Ketua Bidang Bahasa- ustazah Hayati telah mengadakan Bengkel Pemantapan Bahasa yang diterajui oleh semua ahli panitia Bahasa. Pihak Projek mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Diharapkan Panitia-panitia lain dengan kerjasama Projek SPM dapat juga merangka aktiviti seumpama ini. InsyaAllah, dengan pengasingan kumpulan pelajar mengikut aras kebolehan dapat membantu pelajar mendapat kejayaan .

cg Nasarudin menyampaikan Seminar Teknik Menjawab
Pelajar sedang khusyuk mendengar

Bengkel Bahasa Arab

Sunday 12 May 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM 2013 bermula 12 Mei hingga 23 Mei 2013. Peperiksaan ini sebenarnya telahpun bermula 9 Mei 2013 dengan sabjek Biologi 3 dan Biologi 1. Manakala 12 Mei kertas Bahasa Melayu 1 dan 2, Sejarah 1 . Pengurus Projek mendoakan semoga pelajar dapat menjawab dengan baik seterusnya mencipta kecemerlangan dan titik tolak kepada kegemilangan. Guru-guru SPM mengharapkan para pelajar dapat mencapai target sasaran individu dan GPS.