Saturday 24 August 2013

Antara aktiviti Sepanjang Ogos 2013

Setelah menyepi seketika dek kerana menghambat dengan masa, dapatlah saya mengemaskini blog projek SPM ini. Sepanjang bulan Ramadan, beberapa aktiviti yang dicadangkan tidak 'berapa' menjadi. Hal ini mungkin kerana untuk mengambil masa untuk berehat seketika sempena ramadan al mubarak. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :



PROJEK SPM,
SMA MAARIF, KG.RAJA, BESUT, TERENGGANU

KELAS HUJUNG MINGGU

MASA : 8.30 PAGI- 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS/ DEWAN/ BILIK BAHASA ARAB

TARIKH/ HARI
MATA PELAJARAN

JUMAAT
(12/7/2013)


BAHASA ARAB TINGGI

SABTU
(13/7/2013)


MATEMATIK

JUMAAT
(26/7/2013)

5PA1 & 5PA2-PRINSIP AKAUN
5EA1 & 5EA2- EKONOMI ASAS
5SN- MATEMATIK TAMBAHAN

SABTU
(27/7/2013)


BAHASA INGGERIS

JUMAAT
(2/8/2013)


SAINS

SABTU
(3/8/2013)


PEND.SYARIAH ISLAMIAH

Setelah Ramadan berlalu, 4 orang pelajar ELit  SMA menyertai Kem Genius Imtiaz yang bertempat di Imtiaz Besut. Kem itu bermula dari 14-17 Ogos 2013. Diharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada pelajar Elit ini untuk mendapat sasaran straight A SPM menjadi kenyataan.

Beberapa pelajar Ekit sedang berbengkel


Apabila sekolah dibuka setelah menghabiskan cuti  syawal, pada 18 hb Ogos 2013, Pengurus Projek telah mengatur jadual untuk diadakan Ujian Pra Percubaan untuk pelajar SPM. Mata Pelajaran pertama yang mengisi Slot ini ialah Mata Pelajaran PSI yang dikendalikan oleh Pn Jailami Muhammad dan Pn Saripah Ismail.

Ujian PRA Percubaan(M/P PSI)
Manakala pada 19 Ogos 2013(Isnin), dengan kerjasama pihak Projek SPM dan Ketua Bidang Bahasa, satu seminar menjawab Bahasa Arab telah diadakan. Penceramah yang dijemput ialah ustaz Rzani dari SMK di selising Pasir Putih Kelantan.
Seminar Bahasa Arab
Pada 20 Ogos 2013(Selasa) Ketua Bidang Matematik telah menjemput penceramah Matematik untuk pelajar. Penceramah tersebut ialah En Amran dari SMK Nur Zahirah. 

Tidak ketinggalan aktiviti yang dilaksanakan sebelum peperiksaan ialah silat Dhuha, Hajat dan Bacaan Yasin diketuai oleh ustaz Abdul Rahman bin Mamat.

Pada 26 Ogos (Isnin) peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung. Diharapkan dan didoakan agar semua pelajar dapat menjawab dengan baik.