Wednesday 14 October 2015

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (KOD 5228)

Pendidikan Syariah Islamiah merupakan salah satu Mata Pelajaran yang penting untuk kenaikan ke Tingkatan 6. Ia merupakan salah satu syarat  mesti kredit atau sekuarng-kurangnya Gred C dalam SPM. Ketas Mata Pelajaran ini mengandungi 2 kertas soalan. Kertas 1 dan 2. Kertas 1 mengandungi pelbagai aneka soalan sebanyak 40 soalan. Manakala Kertas 2, mengandungi 6 soalan sabjektif. Jawapan pelajar mestilah dalam Jawi.


Untuk mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran PSI ini, pelajar mesti skor dalam semuatajuk. Dalam Tingkatan 4 dan Tngkatan 5. Bahagian Usul Feqah adalah bahagian yang paling tidakdigemari oleh pelajar. Mereka selalu sahaja menyebut ' susah'. Sedangkan dalam peperiksaan, bahagian Usul feqahlah paling mudah untuk mendapat markah. Aapa-apapun, semoga  mereka dapat  menjawab dengan baik dalam SPM nanti.

Saturday 7 March 2015

SELAMAT DATANG 2015

Tahun 2015 terasa begitu pantas berlalu. Tanpa disedari pejam celik-pejam celik sudahpun berlalu bulan Januari dan Februari. Bulan Macpun telah berada dalam 10 hari. Pihak Projek Kecemerlangan SPM SMA Maarif, sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM 2014. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada guru-guru projek yang bertungkus lumus siang dan malam menjayakan aktiviti dan kelas2 utnuk mencemerlangkan pelajar dan Mata Pelajaran masing-masing.