Sunday 26 May 2013

Program Cuti Sekolah Penggal Pertama 2013

Selamat bercuti Projek SPM ucapkan kepada semua tenaga pengajar SPM SMA Maarif khususnya dan guru-guru lain amnya. Seperti kebiasaannya, pihak Projek telah merangka aktiiviti Projek semasa cuti . Antaranya ialah Kelas Tambahan SPM bermula petang khamis 23 Mei sehingga 24 Mei Jumaat. Manakala pada 25 & 26 Mei 2013, Ketua Bidang Bahasa- ustazah Hayati telah mengadakan Bengkel Pemantapan Bahasa yang diterajui oleh semua ahli panitia Bahasa. Pihak Projek mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Diharapkan Panitia-panitia lain dengan kerjasama Projek SPM dapat juga merangka aktiviti seumpama ini. InsyaAllah, dengan pengasingan kumpulan pelajar mengikut aras kebolehan dapat membantu pelajar mendapat kejayaan .

cg Nasarudin menyampaikan Seminar Teknik Menjawab
Pelajar sedang khusyuk mendengar

Bengkel Bahasa Arab

No comments:

Post a Comment