Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua..

Awal Muharram datang lagi. Pejam celik pejam celik tirai 1433H akan melabuhkan tirai. Saya mengambil kesempatan mengucapkan salam Maal Hijrah buat warga SMA Maarif. Semoga kedatangan Tahun baru memberi keazaman yg baru.

KISAH dan PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
Muharram adalah bulan pertama untuk tahun Hijrah dan ia adalah bulan yang mulia dalam takwim islam disisi Allah s.w.t .

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Friday 9 November 2012

PEPERIKSAAN SPM 2012 BERMULA HARI INI..

Akhirnya setelah bertungkus lumus hampir 11 bulan lebih, tibalah hari Peperiksaan.. Penuh debaran bagi pelajar termasuklah guru-guru mata pelajaran. Hari pertama 5 November Kertas Bahasa Melayu mengambil tempat. Nasib baiklah cuaca baik. Hari pertama ini, doa dibacakan oleh ustazat Zin (PK Akademik) di hadiri juga En Gazak, pegawai dari JeHAT. 
Kain rentang yang mengandungi doa -idea tuan Pengetua
Mengaminkan doa yg dibacakan oleh ustazay Zin
Hari pertama bagi Kertas BM     

Pihak Projek mengucapkan selamat menempuh Peperiksaan. Jawablah dengan baik. Semoga semua mendapat kejayaan yang diinginkan oleh pelajar, ibu bapa, guru, pihak sekolah..Amin!

Saturday 3 November 2012

Majlis Restu Ilmu SPM 2012

Majlis Restu Ilmu dapat direalisasikan pada 29 Oktober dengan penuh kesederhanaan. Walau bagaimanapun, ia amat bermakna kepada guru-guru Mata Pelajaran dan calon SPM. Antara objektif Majlis Restu Ilmi ini ialah membina kematangan berfikir,bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah memberi ilmu. Selain itu boleh menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Majlis Restu ilmu dimulai dengan ucapan pengerusi oleh cikgu Azrul (guru Kaunselor) dan diikuti bacaan doa yg dibaca oleh Mohd Najib(5PA1) dan bacaan ikrar pelajar di pimpin oleh Ahmad Nadzmi(5PA1).
Ikrar Pelajar SPM
Selepas Ikrar Pelajar, ucapan pengurus Projek SPM 2012 ustazah jailami mengambil tempat .Disusuli dengan ucapan wakil guru pada setiap mata pelajaran.Akhir seklai ucapan pengetua yg dirasakan begitu bersemangat untuk melihat kejayaan para pelajar.
Tuan Pengetua
Majlis restu ilmu berakhir dengan upacara bersalaman antara guru dan pelajar serta pembahagian air solat hajat dan kismis.