Monday 26 March 2012

Program Khas Kecemerlangan Akademik-Motivasi Khas Insan Cemerlang

Sehari bersama YM Raja Shamri Raja Husin dalam Motivasi Khas Insan Cemerlang Pelajar PMR, SPM dan STPM 2012 pada 26 Mac 2012 diharapkan pelajar terkesan dengan segala yang dicurahkan. Antara perkara yang sentiasa disebutkan ialah sebagai makhluk Allah, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan akan dipermudahkan segala urusan serta doa akan dikabulkan. Dalam ceramah beliau, banyak perkara yang perlu diamalkan oleh pelajar dalam membina kejayaan. Antaranya ialah baik dengan cikgu, sitematik dalam amalan, fizikal dan mental yang kuat, menerima kekurangan diri, tidak berputus asa, amanah, jadi anak yang baik, tidak menyusahkan, kecacatan bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dan tidak mudah terkesan dengan kata-kata orang.

Semoga dengan motivasi dari pakar motivasi itu dapat mengubah sikap dan perangai pelajar, khasnya pelajar SPM dalam mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM 2012 nanti.

Pelajar bersiap sedia

khusyuk mendengar

terpegun dengan ketabahan

Menitis air mata

Friday 9 March 2012

Seminar Dan Teknik Belajar & Menjawab Sains

Pihak Projek Kecemerlangan SPM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada panitia Sains, yang diusahakan oleh Pn Siti Meriam Abd.Wahab kerana berjaya mengadakan Seminar &Teknik belajar dan menjawab Sains dengan mengundang Tn HJ Hamzah bin Othman, guru pakar Sains yang tersohor.

Seminar yang berlangsung pada 6 hb Mac bermula jam 8.00-1.30 tengahari  ini  diharapkan mendatangkan hasil dalam meraih kejayaan cemerlang pelajar dalam mata pelajaran ini. InsyaAllah..
Tn Hj Hamzah sedang menyampailan seminar

pelajar SPM khusyuk mendengar

penyampaian cenderahati oleh Pn Siti Meriam

pelajar bersemangat dan tekun