Tuesday 16 October 2012

Kem Intensif Score 4.00 GPS

Kem Intensif ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Bermula Khamis 11-13 Oktober di Kem Seri Keluang, Besut, Terengganu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar walaupun pada awalnya sedikit kesalahfahaman dan komunikasi antara pengurus projek dengan penyelia asrama tentang penyediaan nasi bungkus. Walau bagaimanapun dengan bantuan ustaz Zakaria, ustaz Asyraf dan guru-guru lain masalah teknikal itu dapat ditangani. Syukran jazilan buat semua yang terlibat.
Pada hari Khamis, kem ini dimulakan dengan Slot BM yang menjemput penceramah dari SMK Nasiruddin Shah iaitu En Ismail Ibrahim. Slot yang berlangsung selama 2 jam bermula jam 3.00-5.00 petang itu menarik minat pelajar. Terima kasih dari pihak projek.
Seminar BM oleh En Ismail Ibrahim

 Pada malamnya slot Sejarah mengambil tempat. Bengkel ini diterajui oleh Puan Ummi Jamilah, guru ganti  yang berkaliber. Kem ini juga diselitkan dengan program qiamullail. Alhamdulillah jam 4.00 pagi, pelajar mula ke musolla untuk melaksanakan qiamullail diterajui oleh ustaz Abdul Rahman Mamat.
Program qiamullail
Pada pagi Jumaat, Seminar Pendidikan Syariah Islamiah disampaikan oleh ustazah Sabariah Sambak dari SMASZA Ladang. Diharapkan pelajar mendapat kefahaman yg jelas dalam beberapa bahagian /tajuk.
Pn Sabariah Sambak, Seminar PSI
Pada sebelah petang, Seminar BAT yang disampaikan oleh En Pakaruddin Karimi, pengetua dari Maahad Muhammadi Gua Musang amat menarik minat pelajar untuk terus bertahan dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
En Pakaruddin Karimi, seminar BAT
Pada sebelah malamnya, Bengkel BI yang diterajui oleh 3 orang guru Bahasa Inggeris(Pn Norawati, Pn Zaila Dan En Yusof Mat) amat menarik . Kaedah Kuiz sambil bermain amat berkesan.
Bengkel BI

Pada hari Sabtu (13 Oktober) Bengkel Ekonomi Asas dibimbing oleh Pn Zanirariyah yang bersemangat dan menunjukkan komitmen sambil memangku anak kecilnya tidak mematahkan semangatnya. Sikap guru ini sepatutnya membuka mata pelajar untuk tidak terus leka. Manakala Benkel Fizik dibimbing oleh PK HEM, cg Mohd Azami. Pada masa yang sama juga, Seminar Prinsip Akaun berlangsung di Dewan Kem disampaikan oleh En Ahmad Talib dari SMK Sultan Mizan.
Bengkel EA
Bengkel Fizik
En Ahmad Talib menyampaikan Seminar PA
Pihak Projek mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Kem Intensif SPM ini. Pengorbanan yang dilakukan ini, moga mendapat keberkatan dariNya seterusnya membuahkan hasil pada bulan Mac nanti . InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment