Friday 10 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Tahun Baru 2014

Pertamanya saya mengucapkan selamat kembali kawan-kawan guru ke sekolah. Kita sama-sama membuka tirai tahun baru dengan azam dan semangat yang baru. Pada pertengahan bulan Disember 2013, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang baru dilantik untuk sesi 2014 telah mengadakan mesyuarat kali 1 pada 17 Disember 2013.

Mesyuarat JKS kali 1             



Pada 30 Disember 2013,Mesyuarat Guru 1 bagi tahun 2014 telah bermesyuarat. Antara Agenda dalam mesyuarat guru tersebut ialah pembahagian tugas guru bagi tahun 2014. Banyak rombakan yang dibuat . Salah satunya ialah Pengurusan Projek SPM, STPM dan PMR adalah muka-muka baru yang akan dipertanggungtanggungjawabkan. Pn Hartini menggantikan Pn Wan Dalilah bagi STPM, Pn Siti Meriam menggantikan Pn Jailami bagi SPM, manakala Pn Wan Ruslina menggantikan Pn Munoh dalam PMR. Pihak pengurusan percaya gandingan mantap 3 guru ini dapat mengemilangkan lagi maarif dipersada daerah dan negeri.
Mesyuarat Guru kali 1-Pengerusi Tn Pengetua

Pada 19 Disember 2013, keputusan Peperiksaan PMR telah diumumkan. Maarif tetap seperti biasa .Berada ditangga ke 5 daerah. Walau bagaimanapun, keputusan tahun ini adalah yang paling cemerlang.Hal ini kerana peningkatan A adalah sebanyak 2.86 peratus. Menjadikan Gred Purata Sekolah meningkat. GPS Pd tahun 2013 adalah 2.03. kurang 03 sasaran yang dibuat. Tahniah.
Analisis PMR 2013

No comments:

Post a Comment