Monday 9 July 2012

Mesyuarat Projek Kecemerlangan SPM kali ke 3

Alhamdulillah, mesyuarat Projek SPM kali ke 3 dapat direalisasikan pada 5 Julai 2012 jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.15 petang. Mesyuarat kali ini, secara ringkasnya menyentuh tentang analisis peperiksaan OTI 1 yang lalu. GPS yang disasarkan oleh pihak projek SPM masih jauh untuk menggapainya. Begitu juga dengan mata pelajaran. Dalam mesyuarat ini, beberapa program yang telah diatur oleh pengurus untuk sama-sama dilaksanakan agar kecemerlangan dapat diraih. InsyaAllah dengan sokongan semua pihak, segala yang disasarkan akan menjadi realiti..Terima kasih semua guru-guru atas komitmen yang ditunjukkan. Sebagai satu pasukan, kita perlu sama-sama menggembeling tenaga, meluangkan masa memenuhi kelas-kelas yang dirancangkan, kem-kem yang diatur serta program-program yang lain yang difikirkan sesuai.

No comments:

Post a Comment