Setelah menyepi seketika dek kerana menghambat dengan masa, dapatlah saya mengemaskini blog projek SPM ini. Sepanjang bulan Ramadan, beberapa aktiviti yang dicadangkan tidak 'berapa' menjadi. Hal ini mungkin kerana untuk mengambil masa untuk berehat seketika sempena ramadan al mubarak. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :
PROJEK SPM,
SMA MAARIF, KG.RAJA, BESUT, TERENGGANU
KELAS HUJUNG MINGGU
MASA : 8.30 PAGI- 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS/ DEWAN/ BILIK BAHASA ARAB
TARIKH/ HARI
|
MATA PELAJARAN
|
JUMAAT
(12/7/2013)
|
BAHASA ARAB TINGGI
|
SABTU
(13/7/2013)
|
MATEMATIK
|
JUMAAT
(26/7/2013)
|
5PA1 & 5PA2-PRINSIP AKAUN
5EA1 & 5EA2- EKONOMI ASAS
5SN- MATEMATIK TAMBAHAN
|
SABTU
(27/7/2013)
|
BAHASA INGGERIS
|
JUMAAT
(2/8/2013)
|
SAINS
|
SABTU
(3/8/2013)
|
PEND.SYARIAH ISLAMIAH
|
Setelah Ramadan berlalu, 4 orang pelajar ELit SMA menyertai Kem Genius Imtiaz yang bertempat di Imtiaz Besut. Kem itu bermula dari 14-17 Ogos 2013. Diharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada pelajar Elit ini untuk mendapat sasaran straight A SPM menjadi kenyataan.
Beberapa pelajar Ekit sedang berbengkel |
Apabila sekolah dibuka setelah menghabiskan cuti syawal, pada 18 hb Ogos 2013, Pengurus Projek telah mengatur jadual untuk diadakan Ujian Pra Percubaan untuk pelajar SPM. Mata Pelajaran pertama yang mengisi Slot ini ialah Mata Pelajaran PSI yang dikendalikan oleh Pn Jailami Muhammad dan Pn Saripah Ismail.
Ujian PRA Percubaan(M/P PSI) |
Seminar Bahasa Arab |
Tidak ketinggalan aktiviti yang dilaksanakan sebelum peperiksaan ialah silat Dhuha, Hajat dan Bacaan Yasin diketuai oleh ustaz Abdul Rahman bin Mamat.
Pada 26 Ogos (Isnin) peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung. Diharapkan dan didoakan agar semua pelajar dapat menjawab dengan baik.