Thursday 26 July 2012

"Program Jalinan Ilmu", Majlis Temu Murni & Kem Peningkatan Bahasa Arab

i-"Program Jalinan Ilmu" bersama SMKA Nurul Ittifaq
Pengurus Projek SMKA NI, PKHEM dan Pengurus Projek SPM SMA Maarif berbincang

cg Norizan mengiringi pelajat

antara pelajar yg terlibat
Program ini berjalan selama 4 hari bermula dari 23-26 Julai. Seramai 7 orang pelajar Elit Tg 5 Sains terpilih dalam projek ini. Setiap hari, mereka dihantar dan dijemput oleh pemandu van sekolah ke SMKA Nurul Ittifaq. Program ini antara lain bermatlamatkan agar pelajar elit ini dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing, semangat juang yang positif, melihat dan berpengalaman bersama dengan pelajar cemerlang lain seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah. Pihak sekolah mengharapkan sedikit sebanyak program ini dapat mencapai matlamatnya.

ii-"Kem Peningkatan Bahasa Arab"dan "Majlis Temu Murni Pembangunan Akademik . Kem Peningkatan Bahasa Arab ini diterajui oleh 3 orang guru Bahasa Arab SPM iaitu ustazah Hayati, ustazah Norlelawati dan ustazah Ani Zawati. Pelajar pula dibahagikan kepada 3 kumpulan. Elit, Sederhana dan Berpotensi. Kem ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir 4.00 petang pada 18 Julai. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kem ini.



iii-"Majlis Temu Murni Pembangunan Akademik" Pelajar SPM 2012. Majlis ini adalah anjuran Unit Bimbingan Kaunseling bersama dengan Projek SPM 2012. Majlis ini dibahagikan kepada 2 sessi. Sesi 1(9.00-10.00 pg) manakala sesi ke 2(11.00-12.00 tghari). Seramai 23 orang ibu bapa /penjaga kepada pelajar yang terpilih. Bertempat di Bilik Kaunseling dalam suasana santai dan penuh kesederhanaan. Terima kasih kepada kaunselor , cg Asrol ,guru-guru yang terlibat serta ibu bapa yang perihatin.
ibu bapa/penjaga berbincang sesama sendiri

kaunselor memberi penerangan kepada ibu bapa


Monday 9 July 2012

Mesyuarat Projek Kecemerlangan SPM kali ke 3

Alhamdulillah, mesyuarat Projek SPM kali ke 3 dapat direalisasikan pada 5 Julai 2012 jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.15 petang. Mesyuarat kali ini, secara ringkasnya menyentuh tentang analisis peperiksaan OTI 1 yang lalu. GPS yang disasarkan oleh pihak projek SPM masih jauh untuk menggapainya. Begitu juga dengan mata pelajaran. Dalam mesyuarat ini, beberapa program yang telah diatur oleh pengurus untuk sama-sama dilaksanakan agar kecemerlangan dapat diraih. InsyaAllah dengan sokongan semua pihak, segala yang disasarkan akan menjadi realiti..Terima kasih semua guru-guru atas komitmen yang ditunjukkan. Sebagai satu pasukan, kita perlu sama-sama menggembeling tenaga, meluangkan masa memenuhi kelas-kelas yang dirancangkan, kem-kem yang diatur serta program-program yang lain yang difikirkan sesuai.