Wednesday 14 October 2015

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (KOD 5228)

Pendidikan Syariah Islamiah merupakan salah satu Mata Pelajaran yang penting untuk kenaikan ke Tingkatan 6. Ia merupakan salah satu syarat  mesti kredit atau sekuarng-kurangnya Gred C dalam SPM. Ketas Mata Pelajaran ini mengandungi 2 kertas soalan. Kertas 1 dan 2. Kertas 1 mengandungi pelbagai aneka soalan sebanyak 40 soalan. Manakala Kertas 2, mengandungi 6 soalan sabjektif. Jawapan pelajar mestilah dalam Jawi.


Untuk mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran PSI ini, pelajar mesti skor dalam semuatajuk. Dalam Tingkatan 4 dan Tngkatan 5. Bahagian Usul Feqah adalah bahagian yang paling tidakdigemari oleh pelajar. Mereka selalu sahaja menyebut ' susah'. Sedangkan dalam peperiksaan, bahagian Usul feqahlah paling mudah untuk mendapat markah. Aapa-apapun, semoga  mereka dapat  menjawab dengan baik dalam SPM nanti.

Saturday 7 March 2015

SELAMAT DATANG 2015

Tahun 2015 terasa begitu pantas berlalu. Tanpa disedari pejam celik-pejam celik sudahpun berlalu bulan Januari dan Februari. Bulan Macpun telah berada dalam 10 hari. Pihak Projek Kecemerlangan SPM SMA Maarif, sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM 2014. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada guru-guru projek yang bertungkus lumus siang dan malam menjayakan aktiviti dan kelas2 utnuk mencemerlangkan pelajar dan Mata Pelajaran masing-masing.

Friday 10 January 2014

Mesyuarat JKS, Mesyuarat Panitia dan Majlis Miftahul Ilmi 2014

Pengurus Projek SPM tahun 2013 ,Pn Jailami Muhammad telah ditugaskan sebagai Setiausaha JawatanKuasa Sekolah bagi tahun 2014. Sebelum blog JKS diwujudkan, saya menggunakan Blog Projek SPM untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijayaka dan dilaksanakan oleh pihak JKS bagi tahun ini.
Tn Pengetua-mempengerusikan Mesy,JKS 1

Setelah mesyuarat JKS kali 1 diadakan pada 17 Disember 2013, antara aktiviti yang dirancangkan ialah Mesyuarat Panitia Kali 1 bagi tahun 2014. Alhamdulillah, ia dapat dilaksanakan dan dijayakan pada 7 & 8 Januari.

Mesy.Panitia 1
Pada 9 Januari Majlis Mitahul Ilmi bagi PPMR, SPM dan STPM penggal 2 dapat direalisasikan dengan jayanya. Walaupun majlis sederhana, tetapi meriah. Majlis ini dirasmikan oleh Tn Hj Muhamad Yasmin Yusof,Pen.Peg.Pendidikan Daerah. Majlis Miftahul Ilmi dimulakan dgn bacaan ayat suci al Quran oleh ustaz Mahmod Ali Munufi ., Ucapan Tn Pengetua, ucapan perasmian oleh Tn Hj Yasmin, Majlis penyampaian hadiah Pep Akhir Tahun 2013, bacaan Ikrar dan Gimik Pelancaran Projek. 
Pelancaran Gimik Projek


SELAMAT TAHUN BARU 2014

Tahun Baru 2014

Pertamanya saya mengucapkan selamat kembali kawan-kawan guru ke sekolah. Kita sama-sama membuka tirai tahun baru dengan azam dan semangat yang baru. Pada pertengahan bulan Disember 2013, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang baru dilantik untuk sesi 2014 telah mengadakan mesyuarat kali 1 pada 17 Disember 2013.

Mesyuarat JKS kali 1             



Pada 30 Disember 2013,Mesyuarat Guru 1 bagi tahun 2014 telah bermesyuarat. Antara Agenda dalam mesyuarat guru tersebut ialah pembahagian tugas guru bagi tahun 2014. Banyak rombakan yang dibuat . Salah satunya ialah Pengurusan Projek SPM, STPM dan PMR adalah muka-muka baru yang akan dipertanggungtanggungjawabkan. Pn Hartini menggantikan Pn Wan Dalilah bagi STPM, Pn Siti Meriam menggantikan Pn Jailami bagi SPM, manakala Pn Wan Ruslina menggantikan Pn Munoh dalam PMR. Pihak pengurusan percaya gandingan mantap 3 guru ini dapat mengemilangkan lagi maarif dipersada daerah dan negeri.
Mesyuarat Guru kali 1-Pengerusi Tn Pengetua

Pada 19 Disember 2013, keputusan Peperiksaan PMR telah diumumkan. Maarif tetap seperti biasa .Berada ditangga ke 5 daerah. Walau bagaimanapun, keputusan tahun ini adalah yang paling cemerlang.Hal ini kerana peningkatan A adalah sebanyak 2.86 peratus. Menjadikan Gred Purata Sekolah meningkat. GPS Pd tahun 2013 adalah 2.03. kurang 03 sasaran yang dibuat. Tahniah.
Analisis PMR 2013

Sunday 3 November 2013

Cuti Deepavali...kelas Bilas bermula

Hari ini, 3 November 2013. Tinggal 3 hari sahaja lagi pelajar SPM akan menghadapi peperiksaan SPM. Projek Kecemerlangan SPM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Didoakan semoga semua pelajar dapat menghadapinya dengan cemerlang. Bagi Projek SPM, amat berpuas hati dengan penglibatan pelajar saat-saat kritikal seperti ini. Sebagai contoh, pagi tadi, kelas bilas boleh dikatakan semua pelajar menghadirkan diri. Kelas 5 Sains, M/P PSI dikendalikan oleh ustazah Jailami. Semua pelajar hadir. Begitu juga dengan kehadiran pelajar 5PA1, M/P BI dikendalikan oleh teacher Norawati hanya 2 org pelajar sahaja yang tidak hadir. Begitu jugak kelas -kelas lain dgn M/P PQS (ustazah Wan Faezah), kelas 5EA2 (cg Hasnah dan 5EA1 (cg Rosmawati M/P Ekonomi Asas).
Sebelum ini, boleh dikatakan semua aktiviti yg dirancang oleh pihak projek dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada 14 Oktober yang lepas, Majlis Temu Murni dapat disempurnakan. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. ini menunjukkan komitmen yaang tinggi daripada ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak tercapai.

Manakala pada 29 Oktober (Selasa) yang lalu.. majlis Restu Ilmu dapat dilakukan dengan penuh ksederhanaan.Program ini dimulakan dengan solat Dhuha dan Hajat diimamkan oleh ustaz Abdul Rahman Mamat. Jam 8.30 pelajar dan guru memasuki dewan. Majlis itu dipengerusikan oleh ustazah Nurzielah Mat Aroff.  Dimulakan dengan Doa dibacakan oleh Ameruddin, Ikrar Pelajar diketuai olehMohd Arfan, Ucapan wakil Pelajar oleh Arfan. kemudian ucapan Pengurus Projek, Ketua-ketua Bidang dan diakhiri dengan ucapan tuan pengetua.

Majlis ini berakhir dengan jamuan guru dan jamuan Akhir Tahun Tg 5..

Wednesday 18 September 2013

Seminar PQS, Kem Kecemerlangan Siri 1 dan 2 2013

Pada 7 September 2013 bersamaan 1 Zulkaedah, pihak Projek SPM dengan kerjasama guru2 Matapelajaran PQS telah mengadakan Seminar Menjawab kertas PQS . Seminar 3 jam itu disampaikan oleh Tn Hj Che Ali dari SMASZA Bt Burok. Semoga ia memberi seribu manfaat kepada pelajar SPM dalam menjawab kertas PQS nanti.


Manakala pada 12-14 September seramai 20 orang pelajar SPM telah dipilih untuk menyertai Kem Kecemerlangan SPM di SMA Setiu dan SMK Pelong. Kem ini adalah anjuran JPNT di bawah IPA.

Tuesday 3 September 2013

SEMINAR PRINSIP AKAUN SPM 2013

SEMINAR PRINSIP AKAUN SPM 2013

Alhamdulillah, Seminar Prinsip Akaun dapat disempurnakan dengan jayanya pada 27 Syawal bersamaan 3 September 2013 hari Selasa jam 3.00-5.00 petang. Seminar 2 jam ini disampaikan oleh En Abd. Ghani bin Md Noor dari SMK Tembila ini sangat menarik. Tiada keletihan yang ditunjukkan  oleh pelajar walaupun pada paginya mereka bertungkus lumus menjawab soalan Matematik 2, Sains 2 dan Fizik 3. Diharapkan semoga Kertas Prinsip Akaun ini sentiasa mengekalkan kecemerlangan M/P terbaik negeri dan daerah yang saban tahun disandang. Terima kasih banyak dan tahniah kepada guru PA , Pn Hajah Fauziah Hanim yang sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa. Semoga kecemerlangan M/P Akaun memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan GPS insyaAllah.

Cg Abd.Ghani menyampaikan seminar PA