i-"Program Jalinan Ilmu" bersama SMKA Nurul Ittifaq
|
Pengurus Projek SMKA NI, PKHEM dan Pengurus Projek SPM SMA Maarif berbincang |
|
cg Norizan mengiringi pelajat |
|
antara pelajar yg terlibat |
Program ini berjalan selama 4 hari bermula dari 23-26 Julai. Seramai 7 orang pelajar Elit Tg 5 Sains terpilih dalam projek ini. Setiap hari, mereka dihantar dan dijemput oleh pemandu van sekolah ke SMKA Nurul Ittifaq. Program ini antara lain bermatlamatkan agar pelajar elit ini dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing, semangat juang yang positif, melihat dan berpengalaman bersama dengan pelajar cemerlang lain seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah. Pihak sekolah mengharapkan sedikit sebanyak program ini dapat mencapai matlamatnya.
ii-"Kem Peningkatan Bahasa Arab"dan "Majlis Temu Murni Pembangunan Akademik . Kem Peningkatan Bahasa Arab ini diterajui oleh 3 orang guru Bahasa Arab SPM iaitu ustazah Hayati, ustazah Norlelawati dan ustazah Ani Zawati. Pelajar pula dibahagikan kepada 3 kumpulan. Elit, Sederhana dan Berpotensi. Kem ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir 4.00 petang pada 18 Julai. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kem ini.
iii-"Majlis Temu Murni Pembangunan Akademik" Pelajar SPM 2012. Majlis ini adalah anjuran Unit Bimbingan Kaunseling bersama dengan Projek SPM 2012. Majlis ini dibahagikan kepada 2 sessi. Sesi 1(9.00-10.00 pg) manakala sesi ke 2(11.00-12.00 tghari). Seramai 23 orang ibu bapa /penjaga kepada pelajar yang terpilih. Bertempat di Bilik Kaunseling dalam suasana santai dan penuh kesederhanaan. Terima kasih kepada kaunselor , cg Asrol ,guru-guru yang terlibat serta ibu bapa yang perihatin.
|
ibu bapa/penjaga berbincang sesama sendiri |
|
kaunselor memberi penerangan kepada ibu bapa |